Skull

Friday, July 13, 2012

Ultras malaya

ape tu ?

aku yakin korang pun penah dengar isu ULTRAS MALAYA ... bukan ape , pade aku , aku sgt hormatkan perjuangan yang mereka buat walaupun ia hanya menjurus kepada bolasepak . info pasal ULTRAS MALAYA ni leh klik kat link ni .. ultras malaya . mereka ni ibarat askar , player ibarat jeneral , dan coach pulak ibarat raja . aku x segan silu puji dorang saampai macam ni , pasal aku tau ape yang di perjuangkan .. x suke dorang ? dorang cakap WE DONT CARE !!

salah seorang orang-orang yang awal-awal lagi join mereka ni adalah rakan sekampung aku sendiri , pada mulanya ada dia ajak aku join , ... aku ingt bende ni sume mengarut sebab tah pape nak nyanyi , macam la duk ENGLAND . tapi dalm x sedar dah dekat 7 taun dorang aktif dan terus berkembang , walaupun banyak isu termasuklah isu FAM yang x sudah-sudah .


bayangkan , setiap perlawanan pasukan harimau malaya mereka turun dan tampil memberi sokongan , walaupun susah walaupun payah .. inilah yang dikatakan semanagat .. !!!

aku sendiri pun pernah mengikuti beberapa perlawanan dan bersama melaungkan kata-kata dan nyanyian semangat buat pasukan harimau malaya ,.. satu perasaan berbeza timbul ,.. walau apa pun keputusan mereka tetap disitu , dan apabila tamat perlawanan , lagu NEGARAKU sekali lagi dinyanyikan , diwaktu semua penonton lain telah pun keluar dari stadium .. satu golongan yang berbeza nak dibanding kan dengan golongan lain , .. nak harapkan sesetengah orang menyanyikan lagu NEGARAKU ? waktu lagu di mainkan pun ko x berdiri , inikan menyanyi ...

mereka bukan hanya mahu suara mereka didengar , bukan sahaja mahu memberi semangat , tapi mereka memperjuangkan !! mereka memperjuangkan kerana mahu harimau malaya terkenal di mata dunia ...



 
dan satu perasaan berbeza yang aku rase tatkala bersame ultras malaya , rase semangat patriotik yang tinggi , mahu name MALAYSIA terkenal di mate dunia , mahukan perubahan , tapi bukan hanye menunggu perubahan , tapi aku sendiri terpanggil mahu lakukan perubahan.

hebatnye , padahal aku hanye mule dengan menyokong pasukan bola sepak je , tapi satu perasaan yang timbul , cukup berbeza ... 


aku ingat aku sorang je yang rase camni , rupe-rupe mnye dikalangan komrad ultras malaya sendiri ade yang bekerjaya professioanal . cikgu , bisnesman , kontraktor , yang keje sendiri xyah cakap la , belambak ... ramai jugak yang sebenarnye x suke ngan dorang ni , tapi korang kene ingat dorang ni berpendirian dan berfalsafah tinggi , yang belajar tinggi pun ramai .. kalo kita nak beruabah mestilah bersame dengan kalangan orang yang mahu kan perubahan .. betul x ?

ok , senang cite gini la .. ape kate korang pun ambik tindakan yang same macam pe aku dah buat , ? bukan ape , selain dari dpt memberi semangat pasukan tercinta , mane tau korang pun dapat rasekan ape yang aku dan komrad-komrad ultras malaya dah rase ? fikirkan wahai kawan .... berubah lah !!! turun je , dapat tengok bola , dapat bagi semangat ... yang paling penting , mungkin anda juga mahu berubah ...


 SELAMANYA HARIMAU MALAYA
SELAGI KITA BERNYAWA
OH MALAYSIA
KAU KEBANGGAAN KU




Monday, July 9, 2012

$$$$

Pelbagai cabaran yang kita hadapi setiap hari . Namun hari demi hari kita tetap meneruskan kegidupan walaupun pahit dan walaupun sukar .Boleh saya bertanya apa kerjaya anda semua ? Engineer ? Teacher ? Police ? Businessman  ?

Sewaktu kita berumur 6-11 tahun rata-rata akan menyatakan pekerjaan ini bila ditanya soal cita-cita
Guru , polis , askar dll .
Bila dah menjangkau umur 12-17 tahun ini pula jawapan yag kita dengar ,
Pramugari , pemain bola sepak , artis.
Apabila tamat graduasi , apa pula kerjaya yang anda miliki ? Selepas 5 tahun ? tercapaikah cita-cita anda?


Rata-rata masyarakat melayu malaysia memilih untuk bekerja di bawah sektor kerajaan , kerana lebih terjamin . Walaupun jawatan yang ditawarkan hanyalah sedikit , berjuta-juta rakyat malaysia akan memilih untuk memohon jawatan tersebut . Antaranya melalui SPA atau pun laman web rasmi sesebuah kementerian itu sendiri .
Dan antara perkara yang wajib berlaku apabila permohonan diterima , PINJAMAN dari bank . Dengar kata mudah diluluskan atas alasan pekerja sektor kerajaan . Sebab itu ramai yang ingin berumahtangga turut membuat pinjaman . Kelakar rasanya , nak kahwin pun mohon pinjaman ? Tidakkah anda sedari semakin anda dibebani hutang semakin banyak masalah timbul , semakin renggang rumahtangga , dan akhirnya ?? Fikirkan sendiri ...




Maaflah sekiranya saya berkasar ataupun keperibadian anda . Niat dihati hanya berkongsi apa yang saya fikir sahaja . Selepas panjang berintro , meh saya nak berkongsi apa revolusi.hargadiri.maruah yang anda boleh lakukan .

Pernah terfikir untuk berniaga ? Pernah ? Tak pernah ? Seandainya ya , Alhamdulillah . Sekiranya tidak , dah boleh dah nak mula berfikir . Mengapa saya sentuh hal berniaga ? kenapa tidak kerjaya lain ? Ini kerana 9/10 rezeki terdapat dalam perniagaan . Biasa dengar ? Tau ? Kenapa tak buat ?
Antara alasan biasa yang diterima ,
1) belum cukup modal (beli kete boleh , sport rim bayar cash )
2) tak tau nak berniaga apa (blogging boleh , facebook? 24 hours online)
3) rasa ragu-ragu (tak cube xtawu kak oi)
4) dan lain-lain (letih nak taip daaaa)

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk berniaga , cuma samada kita tahu atau pun buat-buat tak tahu sahaja . Banyak sangat kalau nak di tulis , terlampau pelbagai . Apa yang yang penting adalah diri kita sendiri samada ingin memilih jalan ini , ataupun hanya biarkan ia berlalu begitu sahaja .

Wahai rakyat malaysia , tidakkah anda tahu , perniagaan lah yang mampu membantu mengubah nasib bangsa , negara , dan keluarga anda sendiri . Sekiranya anda takut , beranikan lah diri anda . Sekiranya anda belum bersedia , persiapkanlah diri anda . Sekiranya anda ragu-ragu , temuilah manusia yang mampu hilangkan ragu-ragu anda . Janganlah kita menjadi manusia yang rugi . Tidak salah sekiranya memcuba , andai kata anda gagal , anda lah yang beruntung . Kerana terdapat rami lagi manusia yang belum mencuba dan belum menemui kegagalan .

Ambillah inisiatif baru , bangkitkan lah diri anda , ceburi bidang perniagaan walaupun hanya kecil-kecilan .
Dan sokonglah mereka yang sudah pun menceburi mahupun yang sudah membuahkan hasil. Janganlah kita hanya menghina . Sesungguhnya mereka adalah golongan yang berani .




Monday, July 2, 2012

mana kamu ??

congratulations to spain for the winning ....

to italy ,  i know u did your best ..... (was it?)


spain national flag




with unstoppable support from both team supporter ... they teams played well last night .. they did everything for their national .. before match started , they sang their national anthem really heart out ..

i am really proud of to be the spanish .. errkrkkkk!!!! i am a MALAYSIAN !!! i am a malay !! brownish skin ....!!
on the second thought , i think  malaysian football fans are much better ... they are really awesome !! nothing to compare with die hard italiano fans and rumble crowd by the spanish supporter.

why ??


because every single night during EURO 2012 , they will never ever missed the match , they willing to stay over untill the match finish and also they dont care if they are late for work!!... haha
funny right ?? hahahhahahha .... all the nation listed are not your country anyway ...... puiii!!

 of coz there's nothing wrong about watching football , nothing is wrong when u wear their jersey ...but dont quarrel among yourselves just because you dun wear the same jersey .. that is just sooooo stupid !! of coz i am not blaming this to everyone ..but  trust me ... u gain nothing ... u earn nothing , and nothing to proud of ...
come on malaysian ... wake up !! we got our own national team to be proud of !!




but please ,  cant u see the moon and star ?? the yellow , and white and red and blue ?? think about it ...









Monday, June 25, 2012

RHM

kenapa revolusi ? harga diri ? maruah ?

sebelum aku melalut jauh , meh aku tanye sket .
tau ke ape yang dimaksudkan ngan revolusi ? harga diri ? maruah ?
revolusi = perubahan
harga diri = martabat atau pandangan keseluruhan tentang diri
maruah = rasa hormat atau status

pada aku penting sangat-sangat lah kite bertindak memilih jalan yang mampu meningkatkan HARGA DIRI ,
melalui REVOLUSI yang telus , seiring dengan MARUAH yang tidak tercalar.

cara-caranya ada banyak , walaupun kadang-kadang kite terlepas pandang ataupun memang kite x tau.
sebab musabab inilah aku terpikir untuk tulis blog walaupun aku bukan lah pandai sangat. tapi teringin jua hasrat dihati ingin berkongsi ..... cheeewahhh!!!

isu-isu yang pasti akan dicoretkan jari aku adalah isu agama , bola sepak , political views , rancangan mase hadapan , bisnes , dll lah . sebab pada aku isu-isu ni sangat-sangat lah menjadi satu isu tanpa kesudahan di MALAYSIA. aku sebagai salah seorang rakyat MALAYSIA yang telah pun timbul kesedaran , berharaplah sangat yang kite semua dapat memilih jalan yang baik , seiring dengan REVOLUSI , HARGA DIRI , dan MARUAH.

so........ korang tunggulah same-same ape yang dapat aku coretkan nanti ye??









Sunday, June 24, 2012

orang nak berblog , aku pun sibuk nak buat blog .. haa kan da pening pale nak edit bagai ... hahaha
salam perkenalan dari aku \m/