Skull

Monday, July 9, 2012

$$$$

Pelbagai cabaran yang kita hadapi setiap hari . Namun hari demi hari kita tetap meneruskan kegidupan walaupun pahit dan walaupun sukar .Boleh saya bertanya apa kerjaya anda semua ? Engineer ? Teacher ? Police ? Businessman  ?

Sewaktu kita berumur 6-11 tahun rata-rata akan menyatakan pekerjaan ini bila ditanya soal cita-cita
Guru , polis , askar dll .
Bila dah menjangkau umur 12-17 tahun ini pula jawapan yag kita dengar ,
Pramugari , pemain bola sepak , artis.
Apabila tamat graduasi , apa pula kerjaya yang anda miliki ? Selepas 5 tahun ? tercapaikah cita-cita anda?


Rata-rata masyarakat melayu malaysia memilih untuk bekerja di bawah sektor kerajaan , kerana lebih terjamin . Walaupun jawatan yang ditawarkan hanyalah sedikit , berjuta-juta rakyat malaysia akan memilih untuk memohon jawatan tersebut . Antaranya melalui SPA atau pun laman web rasmi sesebuah kementerian itu sendiri .
Dan antara perkara yang wajib berlaku apabila permohonan diterima , PINJAMAN dari bank . Dengar kata mudah diluluskan atas alasan pekerja sektor kerajaan . Sebab itu ramai yang ingin berumahtangga turut membuat pinjaman . Kelakar rasanya , nak kahwin pun mohon pinjaman ? Tidakkah anda sedari semakin anda dibebani hutang semakin banyak masalah timbul , semakin renggang rumahtangga , dan akhirnya ?? Fikirkan sendiri ...




Maaflah sekiranya saya berkasar ataupun keperibadian anda . Niat dihati hanya berkongsi apa yang saya fikir sahaja . Selepas panjang berintro , meh saya nak berkongsi apa revolusi.hargadiri.maruah yang anda boleh lakukan .

Pernah terfikir untuk berniaga ? Pernah ? Tak pernah ? Seandainya ya , Alhamdulillah . Sekiranya tidak , dah boleh dah nak mula berfikir . Mengapa saya sentuh hal berniaga ? kenapa tidak kerjaya lain ? Ini kerana 9/10 rezeki terdapat dalam perniagaan . Biasa dengar ? Tau ? Kenapa tak buat ?
Antara alasan biasa yang diterima ,
1) belum cukup modal (beli kete boleh , sport rim bayar cash )
2) tak tau nak berniaga apa (blogging boleh , facebook? 24 hours online)
3) rasa ragu-ragu (tak cube xtawu kak oi)
4) dan lain-lain (letih nak taip daaaa)

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk berniaga , cuma samada kita tahu atau pun buat-buat tak tahu sahaja . Banyak sangat kalau nak di tulis , terlampau pelbagai . Apa yang yang penting adalah diri kita sendiri samada ingin memilih jalan ini , ataupun hanya biarkan ia berlalu begitu sahaja .

Wahai rakyat malaysia , tidakkah anda tahu , perniagaan lah yang mampu membantu mengubah nasib bangsa , negara , dan keluarga anda sendiri . Sekiranya anda takut , beranikan lah diri anda . Sekiranya anda belum bersedia , persiapkanlah diri anda . Sekiranya anda ragu-ragu , temuilah manusia yang mampu hilangkan ragu-ragu anda . Janganlah kita menjadi manusia yang rugi . Tidak salah sekiranya memcuba , andai kata anda gagal , anda lah yang beruntung . Kerana terdapat rami lagi manusia yang belum mencuba dan belum menemui kegagalan .

Ambillah inisiatif baru , bangkitkan lah diri anda , ceburi bidang perniagaan walaupun hanya kecil-kecilan .
Dan sokonglah mereka yang sudah pun menceburi mahupun yang sudah membuahkan hasil. Janganlah kita hanya menghina . Sesungguhnya mereka adalah golongan yang berani .




No comments:

Post a Comment